• <wbr id="04ssq"></wbr>
  • <source id="04ssq"></source>
  • China, Kemboja Lancar Latihan Bersama 'Naga Emas 2024'

    (CRI)Jumaat 17 Mei 2024

    Latihan bersama 'Naga Emas 2024' China-Kemboja dilancarkan di sebuah pangkalan latihan Tentera Diraja Kemboja di Kampong Chhang, pada Khamis.

    Majlis pelancaran dihadiri pegawai tentera dan askar yang terlibat dalam latihan itu serta atase tentera beberapa negara asing ke Kemboja.

    Latihan berkenaan merangkumi operasi di darat dan laut dengan menumpukan kepada tindakan bersama memerangi keganasan dan misi penyelamatan kemanusiaan.

    Tentera dua negara akan menjalani latihan adaptif, latihan perintah dan latihan tempur membabitkan operasi menyelamat tebusan di bandar, mengepung dan menewaskan pengganas di kawasan pergunungan serta menghapuskan aktiviti penculikan di laut.

    Sempena latihan berkenaan, tentera China akan menjalankan tugas kemanusiaan antaranya menawarkan perkhidmatan perubatan percuma kepada penduduk kampung di sekitar dan menghadiahkan alat tulis kepada pelajar tempatan.

    Siri aktiviti menarik seperti pertandingan sukan dan persembahan seni turut akan diatur untuk memperkasa pertukaran budaya dan memperkukuh ikatan muhibah dua negara.

    Sebagai sebahagian daripada kerjasama ketenteraan rutin China dan Kemboja, latihan bersama 'Naga Emas' telah berjaya diadakan sebanyak lima kali.

    Ia bertujuan untuk memantapkan perkongsian strategik komprehensif China-Kemboja, meningkatkan kesalingpercayaan politik dan memperluas pertukaran ketenteraan dua negara.

    Video

    Berita Berkaitan

    亚洲成aⅴ人的天堂在|人洗澡人人澡人人爽人人模|亚洲图清纯唯美欧美自拍|先锋久久兔女郎看看秀
  • <wbr id="04ssq"></wbr>
  • <source id="04ssq"></source>