• <wbr id="04ssq"></wbr>
  • <source id="04ssq"></source>
  • China Umum Rancangan, Galakkan Penggunaan NEV di Desa

    Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat China, dengan kerjasama empat badan kerajaan, telah melancarkan kempen di seluruh negara untuk meningkatkan penggunaan kenderaan tenaga baharu (NEV) di kawasan luar bandar China.

    Inisiatif ini akan berlangsung dari Mei hingga Disember 2024 dan telah direka khusus untuk merapatkan jurang penggunaan NEV di kawasan luar bandar, sekali gus meningkatkan tahap perjalanan hijau, selamat serta menyumbang kepada pemulihan luar bandar dan pembinaan kampung yang indah.

    Menurut laporan, kempen itu akan menampilkan 99 model NEV yang menarik daripada pengeluar kereta terkemuka, merangkumi rangkaian luas NEV untuk pelbagai sektor, termasuk sedan, SUV dan MPV.

    Barisan pelbagai ini termasuk model daripada syarikat gergasi milik kerajaan seperti China First Automobile Group, serta kuasa pembuatan auto baharu seperti Xpeng, selain turut menawarkan beberapa produk daripada BYD.

    Sepanjang tempoh lapan bulan, satu siri aktiviti akan dianjurkan termasuk pameran, pandu uji dan pengalaman pengguna lain, yang bertujuan untuk memperkayakan penawaran pasaran dan menyediakan pelbagai pilihan untuk pengguna luar bandar.

    Aspek utama inisiatif ini ialah organisasi perkhidmatan sokongan seperti yang berkaitan dengan pengecasan, pertukaran bateri, insurans, tuntutan, kredit dan penyelenggaraan selepas jualan.

    Perkhidmatan tersebut turut ditetapkan untuk diperluaskan ke kawasan luar bandar dalam usaha menangani kekurangan infrastruktur semasa.

    Program ini juga akan melaksanakan dasar untuk menggalakkan penggunaan NEV, termasuk dasar berkaitan dengan pertukaran masuk kenderaan, serta penambahbaikan kepada infrastruktur peringkat daerah.

    Inisiatif ini akan memberi tumpuan kepada bandar-bandar peringkat daerah dengan kadar penggunaan NEV yang rendah pada masa ini, namun mempunyai potensi pertumbuhan yang tinggi.

    Pihak pengajur turut menggalakkan penyertaan daripada pengeluar NEV, syarikat jualan, institusi kewangan, pembekal infrastruktur pengecasan dan pertukaran, serta perusahaan perkhidmatan selepas jualan.

    Kesemua entiti yang terlibat juga digesa untuk membangunkan pelan promosi yang sejajar dengan matlamat inisiatif, selain mewujudkan sistem perkhidmatan selepas jualan yang komprehensif untuk menyokong pengguna luar bandar.

    Untuk rekod, kempen ini akan menggabungkan aktiviti secara fizikal dan dalam talian, memanfaatkan kuasa platform e-dagang dan internet untuk melengkapkan acara fizikal dengan acara maya, termasuk pameran dalam talian dan interaksi langsung.

    Difahamkan, bulan April lepas telah menyaksikan lonjakan ketara dalam pengeluaran China dan jualan domestik NEV.

    Data daripada Persatuan Pengilang Automobil China (CAAM) menunjukkan pengeluaran NEV pada bulan itu berjaya mencecah 870,000 unit dan jualan mencecah 850,000 unit, dengan angka tersebut masing-masing meningkat 35.9 peratus dan 33.5 peratus tahun ke tahun.

    Memetik CAAM lagi, pada 2023, pengeluaran dan jualan kenderaan China kedua-duanya mencapai rekod tertinggi, mendahului 30 juta unit setiap satu. Manakala, pengeluaran dan jualan NEV pula telah melebihi 9.58 juta dan 9.49 juta unit masing-masing, sekali gus menduduki tempat pertama di seluruh dunia untuk sembilan tahun berturut-turut.

    Video

    Berita Berkaitan

    亚洲成aⅴ人的天堂在|人洗澡人人澡人人爽人人模|亚洲图清纯唯美欧美自拍|先锋久久兔女郎看看秀
  • <wbr id="04ssq"></wbr>
  • <source id="04ssq"></source>