- Lain-lain
China Promosi Perkhidmatan Pelayaran 5G Rentas Rangkaian
Empat pengendali telekomunikasi gergasi dari China iaitu China Telecom, China Mobile, China Unicom, dan China Radio and Television bersama-sama mengumumkan pelancaran promosi perkhidmatan pelayaran 5G rentas rangkaian untuk kegunaan komersial pada Jumaat.
Projek itu dilancarkan sempena Persidangan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Maklumat Dunia 2024 (WTISD) di bandar Ningbo, provinsi Zhejiang.
Pelayaran 5G rentas rangkaian bermaksud apabila pengguna pengendali telekomunikasi tertentu tidak boleh akses kepada rangkaian 5G di kawasan tertentu, maka pengguna itu boleh tersambung kepada rangkaian 5G pengendali lain untuk terus menggunakan 5G.
Perkhidmatan ini amat penting untuk meningkatkan tahap penembusan Internet khusus di kawasan terpencil dan kawasan luar bandar.
- Stesen Pangkalan 5G Termaju Dilancarkan di Gunung Qomolangma
- Jaringan 5G-A Terbesar di Dunia Siap Dibina China Mobile Tahun Ini
- Gudang Pintar, Pusat Inovasi 5G Pertama Indonesia Dirasmikan
- Stesen Pangkalan 5G Berjumlah 33.77 Juta di China
- 2.937 Juta Stesen Pemancar 5G Dibuka pada H1
- Teknologi 5G Diaplikasi dalam 60 Peratus Ekonomi Negara: MIIT
- China Perluas Senario Penggunaan 5G
- Pendapatan Industri Perisian China Berjumlah 10T pada 2022
- Pendidikan Semakin Digital di China
- Jumlah Pangkalan 5G Cecah 2.3 Juta di China