• <wbr id="04ssq"></wbr>
  • <source id="04ssq"></source>
  • Xi Ucapkan Tahniah kepada Ekspo China-Rusia ke-8

    (CRI)Jumaat 17 Mei 2024

    Presiden China Xi Jinping menzahirkan ucapan tahniah kepada Ekspo China-Rusia ke-8 yang dirasmikan di bandar Harbin, provinsi Heilongjiang, timur laut China hari ini.

    Xi dalam surat tahniahnya berkata, tahun ini ialah ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik China-Rusia.

    "Berdiri di titik permulaan sejarah baharu, hubungan kedua-dua negara kita akan menyambut peluang sejarah baharu dan mempunyai prospek perkembangan yang lebih luas," kata Xi.

    Beliau menekankan bahawa melalui perkembangan selama beberapa tahun ini, Ekspo China-Rusia telah menjadi wadah penting untuk merapatkan kerjasama ekonomi dan perdagangan kedua-dua negara.

    Beliau turut menzahirkan harapan agar pelbagai kalangan masyarakat dari China dan Rusia dapat memanfaatkan wadah ekspo tersebut, meningkatkan pertukaran, berkongsi peluang, supaya memberikan sumbangan untuk merapatkan kerjasama saling menguntungkan antara China dan Rusia, selain menyuntik momentum baharu kepada perkongsian strategik komprehensif untuk koordinasi bagi era baharu antara kedua-dua negara.

    Video

    Berita Berkaitan

    亚洲成aⅴ人的天堂在|人洗澡人人澡人人爽人人模|亚洲图清纯唯美欧美自拍|先锋久久兔女郎看看秀
  • <wbr id="04ssq"></wbr>
  • <source id="04ssq"></source>