- Lain-lain
Dakwaan "Kapasiti Berlebihan China" Tidak Berasas, Kata MoC
Dakwaan “kapasiti berlebihan China" yang disebut oleh Barat sejak mutakhir ini adalah tidak masuk akal dan tidak berasas, kata jurucakap Kementerian Perdagangan China He Yadong dalam sidang akhbar yang diadakan di Beijing pada Khamis.
Baru-baru ini, beberapa negara Barat menuduh “kapasiti berlebihan" di China, dan pengeksportan produk tenaga baharu China telah memberi impak negatif kepada pasaran antarabangsa.
He Yadong berkata, dipandang dari praktis perdagangan antarabangsa, negara-negara maju seperti Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU) dan Jepun telah mengeksport sejumlah besar barangan kepada seluruh dunia dalam jangka masa panjang.
"Hampir 80 peratus cip yang dihasilkan AS adalah untuk dieksport. Sebanyak 80 peratus kenderaan buatan Jerman dan 50 peratus kenderaan buatan Jepun juga untuk dieksport.
"Walau bagaimanapun, kenderaan elektrik yang dieksport oleh China berjumlah 1.2 juta, hanya mewakili 12.7 peratus daripada jumlah pengeluaran negara ini.
"Jika pengeksportan dari AS, EU dan Jepun adalah rasional, mengapa pengeksportan produk tenaga baharu dari China didakwa adalah 'kapasiti berlebihan'?" kata He.
Beliau berkata dipandang dari perkembangan perindustrian, pembangunan hijau dan karbon rendah adalah trend utama.
"Seiring dengan transformasi tenaga hijau, permintaan ke atas produk tenaga baharu pasti akan terus meningkat, dan industri berkaitan masih berada di fasa permulaan yang berkembang pesat di peringkat global.
"Kapasiti dalam industri berkenaan bukanlah berlebihan, sebenarnya masih terkurang," kata He.
- Akhbar Switzerland: Dakwaan Barat tentang "Kapasiti Industri Berlebihan di China" Bersifat Hipokrit dan Berpandangan Pendek
- 10 Soal-Jawab Dakwaan “Lebihan Kapasiti China”
- Lihat Saja Fakta, Tiada Guna Cuba Burukkan Pencapaian China
- “Eksport Produk Hijau China Mudaratkan Ekonomi Negara Lain?” Tak Masuk Akal!
- “Kapasiti Industri Berlebihan” Alasan bagi Perlindungan Perdagangan
- Dakwaan Lebih Banyak Eksport Bersamaan Lebihan Kapasiti Tidak Berasas
- Lebihan Kapasiti, Helah Sama Diulang Lagi