• <wbr id="04ssq"></wbr>
  • <source id="04ssq"></source>
  • Perkasakan Perlindungan Tembok Besar, Kata Xi

    (CRI)Khamis 16 Mei 2024

    Presiden China Xi Jinping membalas surat daripada penduduk di kampung Shixia pekan Badaling daerah Yanqing Beijing pada Selasa.

    Xi mengatakan bahawa penduduk di kampung itu secara spontan melibatkan diri dalam usaha perlindungan Tembok Besar, mewariskan budaya Tembok Besar, sementara mengamalkan kehidupan yang sejahtera dengan memanfaatkan sumber Tembok Besar. Beliau amat berbesar hati dengan kejayaan kampung itu.

    Menurutnya, Tembok Besar merupakan simbol bagi bangsa China dan lambang penting bagi tamadun China. Peninggalan sejarah itu menandakan semangat perjuangan berterusan untuk memajukan bangsa, serta rasa patriotisme yang bersatu padu dan tabah.

    Beliau menekankan, melindungi dan mewariskan dengan baik khazanah itu merupakan tanggungjawab bersama seluruh rakyat China.

    Xi berharap penduduk di kampung itu dapat berusaha melindungi Tembok Besar seperti melindungi halaman sendiri, menyemarakkan budaya Tembok Besar, mencerita dengan baik kisah mengenai Tembok Besar agar lebih ramai orang mengetahui dan melindungi Tembok Besar supaya khazanah dari nenek moyang itu dapat diwariskan ke generasi-generasi seterusnya.

    Tembok Besar merupakan warisan budaya berskop paling besar di China pada masa ini. Penduduk dari kampung Shixia di kawasan Tembok Besar seksyen Badaling mengirim surat kepada Xi Jinping mutakhir ini untuk melaporkan kerja perlindungan Tembok Besar dan pembangunan di kampung mereka. Mereka dalam surat itu menyatakan keazaman untuk terus melindungi Tembok Besar dan mewariskan budaya Tembok Besar.

    Video

    Berita Berkaitan

    亚洲成aⅴ人的天堂在|人洗澡人人澡人人爽人人模|亚洲图清纯唯美欧美自拍|先锋久久兔女郎看看秀
  • <wbr id="04ssq"></wbr>
  • <source id="04ssq"></source>