• <wbr id="04ssq"></wbr>
  • <source id="04ssq"></source>
  • Dagangan China-ASEAN Rancak, Harga Durian di China Makin Murah

    Dagangan China-ASEAN Rancak, Harga Durian di China Makin Murah
    Pegawai kastam sedang memeriksa durian yang diimport dari Thailand. (Foto/Xinhua)

    Dengan ketibaan musim durian, durian dari negara-negara ASEAN memasuki pasaran China dalam kuantiti yang besar.

    Pintu Sempadan Youyi yang terletak di Pingxiang, wilayah Guangxi memainkan peranan yang penting dalam pengedaran buah-buahan dari ASEAN ke China.

    Menurut statistik berkenaan, jumlah durian yang masuk China melalui pintu tersebut meningkat pesat sejak awal tahun ini. Penggemar durian di China dapat menikmati durian yang lebih segar dengan harga yang lebih berpatutan berbanding dulu.

    Selepas menjalani peperiksaan di pintu sempadan, van yang sarat berisi durian akan menuju ke hab logistik tempatan untuk diedarkan ke seluruh negara.

    Kata seorang penggiat logistik, syarikatnya mengendalikan hampir 600 kontena durian sejak awal tahun, iaitu meningkat 20% berbanding tempoh sama tahun lalu.

    Menurut data kastam, jumlah nilai produk pertanian import yang dikendalikan Pintu Sempadan Youyi mencatat 2.15 bilion yuan. Antaranya, durian segar menyumbang 1.85 bilion yuan, iaitu 86% daripada jumlahnya.

    Sejak April pula, lebih 3,500 kontena durian segar telah diimport dengan jumlah berat melebihi 56,000 tan.

    Dengan semakin rancaknya perdagangan hasil tani China dan ASEAN, harga durian di pasaran China juga menjadi semakin berpatutan.

    Keadaan pengangkutan dan penyimpanan yang dahulunya menyukarkan kemasukan buah-buahan tropika dari ASEAN, kini tidak lagi menjadi penghalang. Sistem logistik rentas sempadan yang telah banyak menampakkan kemajuan, membolehkan buah-buahan dari ASEAN sampai ke meja makan pengguna di China dengan lebih mudah.

    Video

    Berita Berkaitan

    亚洲成aⅴ人的天堂在|人洗澡人人澡人人爽人人模|亚洲图清纯唯美欧美自拍|先锋久久兔女郎看看秀
  • <wbr id="04ssq"></wbr>
  • <source id="04ssq"></source>