• <wbr id="04ssq"></wbr>
  • <source id="04ssq"></source>
  • Pengeluaran dan Jualan Automobil China Meningkat dengan Stabil

    (CRI)Ahad 12 Mei 2024

    Jumlah pengeluaran dan jualan automobil pada empat bulan pertama tahun ini masing-masing meningkat 7.9% dan 10.2% tahun ke tahun, dengan merekod 9.012 juta dan 9.079 juta unit, iaitu satu trend pertumbuhan yang kekal stabil.

    Menurut perangkaan yang diumumkan Persatuan Industri Automobil China pada Jumaat, jumlah pengeluaran dan jualan kenderaan elektrik bateri (BEV) pada Januari hingga April masing-masing meningkat 30.3% dan 32.3%, dengan mencatat 29.98 juta dan 29.4 juta unit, sedangkan nisbah BEV dalam keseluruhan pasaran automobil meningkat ke 32.4%.

    Ketua bahagian maklumat Persatuan Industri Automobil China, Liu Zheng menyatakan bahawa seiring dengan pelaksanaan siri dasar penggalakan penggunaan kenderaan dan syarikat pengeluaran automobil giat meningkatkan inovasi dengan memperkenalkan model kenderaan baharu, potensi penggunaan pasaran kenderaan dapat diteroka lagi sehingga permintaan pasaran domestik dijangka akan meningkat terus.

    Video

    Berita Berkaitan

    亚洲成aⅴ人的天堂在|人洗澡人人澡人人爽人人模|亚洲图清纯唯美欧美自拍|先锋久久兔女郎看看秀
  • <wbr id="04ssq"></wbr>
  • <source id="04ssq"></source>