• <wbr id="04ssq"></wbr>
  • <source id="04ssq"></source>
  • Ikatan China-Hungary Semakin Erat, Belia Rapatkan Hubungan Budaya

    Warga Hungary, Tihanyi Istvan, pemilik kedai kopi dan wain di Heping, bandar Tianjin, di utara China. Dia yang merupakan siswazah Universiti Tianjin itu turut menguruskan sebuah syarikat import dan eksport pada masa yang sama.

    Istvan, yang mendirikan rumah tangga dengan penduduk tempatan, sudah menetap di China lebih sedekad dan telah menyesuaikan diri di negara Tembok Besar dengan sepenuhnya, serta turut bertutur dalam dialek tempatan Tianjin.

    “Apabila orang tahu yang saya dari Hungary dan belajar tentang Hungary, mereka sangat gembira. Mereka akan menyatakan bahawa orang Hungary adalah orang baik. Ia memberikan satu perasaan sangat baik tatkala mendengar pujian itu di China,” ujar lelaki itu.

    Menyentuh tentang masa depan berkait dengan kehidupan dan kerjanya di China, Istvan berharap agar dia dapat menjadi jambatan kepada Hungary dan China, serta menolong masyarakat di China agar memahami Hungary dengan lebih baik.

    “Hubungan kami akan menjadi lebih rapat, rapat, dan rapat lagi,” ujarnya.

    Di Universiti Pengajian Antarabangsa Beijing (BISU), iaitu lebih 100 kilometer dari Tianjin, sejumlah besar belia menunjukkan dedikasi dalam mempromosi persahabatan China-Hungary.

    Duan Shuangxi, tenaga pengajar bahasa BISU, pernah tinggal di Budapest, ibu negara Hungary selama lapan tahun. Pendekatan pengajarannya merangkumi pembacaan, analisis berita, dan penerokaan hubungan China-Hungary. Walaupun berpendapat bahasa Hungary sebagai rumit, tetapi dia merasakan bahasa Hungary itu adalah bahasa yang menarik.

    “Jumlah syarikat China yang melabur di Hungary telah meningkat. Perkembangan pesat dalam hubungan dua hala telah mewujudkan permintaan ketara untuk bakat yang fasih dalam bahasa Hungary dan memahami tentang Hungary” kata Duan.

    Setakat ini, dia telah membimbing lebih 120 siswazah termasuk Nie Yuan yang telah mempelajari bahasa Hungary di BISU selama dua tahun.

    “Saya sangat berminat dengan Hungary. Saya berharap, dengan pengajian tentang Hungary, saya dapat melawat Hungary satu hari nanti dan melihat ia dengan sendiri, mengenali masyarakatnya serta merasai budayanya,” ujar dia.

    Dalam tempoh dua tahun ini, Nie mendapati sejumlah besar syarikat terkemuka China membuat pelaburan besar di Hungary, dan menubuhkan operasi setempat.

    “Jika saya diberi peluang selepas tamat pelajaran, saya berharap untuk bekerja di syarikat-syarikat China yang bercawangan di Hungary. Ini akan membolehkan saya memudahkan lagi kerjasama dan hubungan antara China dan Hungary,” tambahnya lagi.

    Dengan bertambahnya lagi pertukaran mesra hubungan diplomatik China-Hungary, siswazah tahun dua itu turut menyaksikan persahabatan kedua-dua negara yang semakin mendalam.

    “Pada masa depan, saya melihat diri saya sebagai bukan peserta sahaja dalam pertukaran kebudayaan antara China dan negara-negara luar, malah sebagai jambatan dalam membantu warga China dan orang luar untuk berkomunikasi antara satu sama lain,” kata Nie.

    Video

    Berita Berkaitan

    亚洲成aⅴ人的天堂在|人洗澡人人澡人人爽人人模|亚洲图清纯唯美欧美自拍|先锋久久兔女郎看看秀
  • <wbr id="04ssq"></wbr>
  • <source id="04ssq"></source>