• <wbr id="04ssq"></wbr>
  • <source id="04ssq"></source>
  • Lihat Saja Fakta, Tiada Guna Cuba Burukkan Pencapaian China

    Selama sembilan tahun berturut-turut, China telah mendahului negara-negara lain di dunia dalam pengeluaran dan penjualan kenderaan tenaga baharu (NEV).

    China untuk lapan tahun lamanya menduduki tangga teratas dari segi saiz pasaran bateri, dan memiliki kapasiti terpasang tenaga fotovolta yang tertinggi selama sepuluh tahun tanpa putus. Pencapaian ini suatu gambaran sumbangan ketara industri hijau China yang berkembang maju dalam mengatasi masalah perubahan iklim, mendorong transformasi global ke arah hijau dan karbon rendah, dan memupuk penjana baharu pertumbuhan ekonomi sejagat. Meskipun begitu, sesetengah individu di AS mendakwa bahawa kapasiti pengeluaran hijau China adalah kelebihan yang diperoleh daripada dasar subsidi dan persaingan yang tidak adil.

    Pandangan sebegitu mengabaikan fakta. Sesiapa sahaja yang pernah melawat sendiri syarikat-syarikat industri tenaga baharu China dan mengkaji sejarah pembangunan industri perkilangan negara ini pasti tahu bahawa kelebihan kompetitif yang dimiliki sektor berkenaan di persada antarabangsa adalah hasil ikhtiar dan titik peluh sendiri.

    Komitmen China dapat dilihat daripada tekadnya yang tidak pernah goyah untuk memacu pembangunan bersifat hijau dan karbon rendah, memperdalam pembaharuan dan keterbukaan, dan menggalakkan kerjasama yang membawa untung bersama. Begitu juga usaha gigih China, yang nampak ketara dalam tumpuannya terhadap inovasi sains, pengoptimuman produk dan penaiktarafan industri.

    Kelebihan kompetitif yang disebut-sebut itu lahirnya daripada kesungguhan syarikat serta institusi penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk menginovasi. Ini mustahil direalisasikan dalam sekelip mata.

    Lebih sedekad lalu, industri hijau global masih lagi di fasa awal. Ketika itu, negara-negara maju memiliki kelebihan dalam aspek rizab teknologi dan himpunan faktor perindustrian. Keadaan sebaliknya bagi syarikat-syarikat China yang mengharungi cabaran dalam pelbagai rupa, termasuklah teknologi yang belum matang dan kos pengeluaran yang tinggi. Walaupun menghadapi kesukaran, syarikat-syarikat China bergabung tenaga dan memfokuskan usaha mereka pada inovasi - strategi yang memungkinkan berlakunya kemajuan teknologi yang pesat.

    Melalui usaha gigih, pengilang automobil China telah mencapai kemajuan cemerlang dalam teknologi pintar dan yang berasaskan elektrik untuk kegunaan NEV. Sebagai contoh, mereka telah membangunkan bateri separa pepejal dengan jarak penggunaan 1,000km sekali cas serta platform karbida silikon voltan tinggi 800 volt yang dapat menjamin jarak penggunaan 400km hanya dengan mengecas selama lima minit. Tambahan lagi, mereka juga telah mencipta kokpit pintar automotif berasaskan model AI berskala besar dan sistem sokongan pemanduan navigasi autopilot (NOA) yang tidak bergantung pada peta yang jitu.

    Tawit Thanachanan, naib presiden kanan pertama Kasikornbank Thailand yang mengulas berdasarkan pemerhatiannya, merumuskan kejayaan industri baru muncul di China meraih kelebihan kompetitif di pasaran antarabangsa pada tahun-tahun kebelakangan ini sebagai hasil kegigihan syarikat-syarikat China merintis inovasi serta penyelidikan dan pembangunan, di samping mengurangkan kos pengeluaran.

    Perbuatan memperkecil kelebihan kompetitif dengan menyifatkannya sebagai hasil subsidi, memperkecil kerja keras jutaan juruteknik dan pekerja industri hijau China yang berhempas pulas berdekad lamanya.

    Sedangkan, kelebihan ini lahirnya daripada usaha China yang terus-menerus membaiki sistem rantaian industri dan bekalan.

    Bagaimanakah sebuah kilang raksasa di Shanghai dapat membekalkan lebih daripada separuh kapasiti global syarikat Tesla? Jawapannya terletak pada rantaian industri NEV China yang lengkap dan cekap. Shanghai membekalkan cip dan perisian; Changzhou di Jiangsu membekalkan bateri; Ningbo di Zhejiang membekalkan mesin penuangan beracuan terintegrasi untuk badan kereta; dan di rantau Delta Sungai Yangtze, sebuah kilang NEV mampu memasang siap semua bahagian dalam masa empat jam.

    China, gergasi sektor perkilangan dunia, mempunyai kategori perindustrian yang komprehensif dan juga sistem sokongan yang baik. Kebanyakan bahan dan komponen dapat diperoleh daripada pembekal tempatan, sekali gus menyokong pengeluaran secara uji serta secara besar-besaran bagi produk inovatif. Memetik The Diplomat, sebuah majalah berita antarabangsa atas talian yang berpangkalan di Washington, jika dibandingkan dengan firma-firma Barat, syarikat NEV China menawarkan teknologi canggih pada harga kompetitif. Mereka memanfaatkan rantaian bekalan dalaman, yang mengurangkan kos logistik, tenaga kerja, bahan mentah dan pengangkutan.

    Kaedah syarikat China yang menyasarkan pembangunan ekonomi sebenar, faktor yang membolehkan wujudnya satu sistem perindustrian yang membawa kelebihan komprehensif dari perspektif bekalan.

    Perbuatan memperlekehkan kelebihan kompetitif sebagai hasil subsidi semata-mata, memperlekehkan generasi demi generasi rakyat China yang tidak kenal erti penat lelah.

    Kelebihan kompetitif ini lahirnya daripada pembukaan menyeluruh pasaran China yang begitu luas.

    China secara konsistennya memajukan industri hijau dengan amalan dasar pintu terbuka, yang sekali gus menggalakkan persaingan. Pada 2022, China mengambil langkah signifikan dengan memansuhkan seluruhnya halangan terhadap pelaburan asing dalam sektor automotif. Tindakan ini mencerminkan komitmen negara untuk memperluas lagi keterbukaan terhadap dunia.

    China telah mengalu-alukan jenama asing seperti Tesla dan menggalakkan pemain baharu industri kenderaan seperti NIO, XPeng dan Li Auto, untuk memanfaatkan sepenuhnya model perniagaan baharu, model operasi pengguna inovatif serta definisi produk yang bersifat revolusi. Ini telah memupuk persaingan secara sihat antara syarikat NEV domestik dan asing yang beroperasi di pasaran China. Syarikat-syarikat terbabit bukan sekadar bersaing demi kemajuan sendiri. Persaingan mereka malah menambah kekuatan satu sama lain. Bersama-sama, mereka menawarkan produk berteknologi tinggi dan pengalaman yang luar biasa kepada pengguna, justeru memperkasakan daya saing industri secara menyeluruh.

    Perbuatan menidakkan kelebihan kompetitif China melainkan kerana subsidi, sama seperti menidakkan usaha berbilang syarikat tenaga baharu domestik dan asing yang tekun mencari jalan untuk mendapatkan sokongan pasaran.

    Pada asasnya, kelebihan-kelebihan kompetitif ini bergantung pada bimbingan saintifik dalam bentuk idea dan konsep baharu.

    Bersandarkan bimbingan pemikiran ekonomi Presiden Xi Jinping, syarikat perkilangan China telah menerima pakai seluruhnya konsep-konsep pembangunan baharu yang berkenaan. Mereka memacu pembentukan pola pembangunan baharu, dengan meletakkan perhatian pada penggalakan pembangunan berkualiti tinggi sambil menerapkan inovasi, koordinasi, kehijauan, keterbukaan dan perkongsian ke dalam konfigurasi faktor produktif serta proses pembangunan ekonomi. Pendekatan ini telah mempertingkat kecekapan pengagihan sumber dan faktor produktiviti menyeluruh, mendorong gabungan optimum pekerja dan usahawan, mod pengeluaran pintar dan digital, dan juga tumpuan tenaga kerja yang lebih pelbagai. Hasilnya, kekuatan komprehensif industri dan daya saing syarikat meningkat secara berterusan.

    Berpandukan konsep baharu “daya produktif kualiti baharu”, syarikat-syarikat industri tenaga baharu China aktif menyesuaikan diri dengan arus utama transformasi pintar, digital dan hijau yang dicetuskan oleh revolusi industri keempat. Mereka mempercepat inovasi teknologi hijau dan pengaplikasian teknologi karbon rendah, yang membuka pintu kepada pencapaian-pencapaian signifikan dalam pembangunan hijau.

    Tidak dapat dinafikan bahawa China telah memperkenalkan beberapa dasar melibatkan sektor perindustrian untuk menjana pembangunan industri hijau. Bagaimanapun, bukan China sahaja yang mengamalkan dasar seumpama.

    Satu rencana yang disiarkan South China Morning Post menyifatkan AS dan Eropah sebagai pelopor dan gergasi dalam melancarkan subsidi kerajaan. Pada 2022, Washington meluluskan Akta Pengurangan Inflasi yang memperuntukkan kira-kira 369 bilion dolar sebagai insentif cukai dan subsidi kepada pelbagai industri termasuk kenderaan elektrik. Beberapa negara Eropah juga telah melaksanakan langkah berupa subsidi untuk industri kenderaan elektrik, daripada cukai korporat hinggalah pembelian peribadi.

    Sekiranya amalan ini suatu kelaziman, mengapakah sesetengah pihak di negara-negara tertentu begitu kerap mengkritik dasar-dasar yang dilaksanakan oleh China?

    Sikap mereka yang harus dipersalahkan. China menikmati kelebihan yang dibawa oleh sistem ekonomi pasaran sosialis, yang menggalakkan interaksi positif antara kerajaan yang efektif dengan pasaran yang efisien. Pada 2009, pasca krisis kewangan antarabangsa, China dengan strategiknya menggariskan haluan bagi membimbing pembangunan masa depan, menyarankan pemupukan industri-industri seperti NEV sebagai industri pelopor dan tonggak, selain memperkenalkan dasar-dasar sokongan yang berkaitan. Dalam masa sedekad lalu, langkah berupa dasar yang tegas dan efektif telah mewujudkan suasana pembangunan yang sesuai untuk industri baru muncul, membantu pengusaha berkembang maju. Melihat kejayaan China, sesetengah pihak di sesetengah negara tidak dapat mengelak daripada berasa iri hati. Tanpa berfikir panjang, mereka menggunakan isu subsidi sebagai alasan untuk mengekang China.

    Tuduhan yang tidak berasas, dimarakkan lagi oleh keangkuhan mereka yang merasakan diri agung, adalah contoh jelas yang menunjukkan amalan dwistandard. Tahun-tahun kebelakangan ini, industri perkilangan China beransur-ansur meluas daripada perdagangan OEM kepada segmen-segmen yang nilai tambahnya tinggi. Dengan itu, tarafnya di rantaian industri global juga beransur-ansur meningkat. Perkembangan ini, yang sama sekali tidak patut dipandang sebagai ancaman, adalah bukti manfaat pembangunan perindustrian China kepada dunia. Ia bagaimanapun menimbulkan rasa tidak senang dalam diri individu-individu tertentu di sesetengah negara. Mereka ini, yang sering khuatir bahawa kemajuan industri negara-negara membangun akan mengakibatkan mereka kerugian peluang, sentiasa hendak mengekang pemain baharu dengan memburuk-burukkan mereka. Isu subsidi ini hanyalah satu lagi helah terbaru.

    Scott Lincicome, seorang pakar ehwal perdagangan di Institut Cato AS, terang-terang menyatakan bahawa tuduhan terhadap China ini dwistandard yang tipikal. Wei Qijia, penyelidik di Pusat Maklumat Negara China pula beranggapan bahawa kerisauan mereka itu berpunca daripada dasar yang tidak konsisten, yang “percanggahan” dan “dwistandard” menjadi ciri biasa. Tindakan membina benteng perlindungan perdagangan mengganggu kelancaran kitaran rantaian industri dan rantaian bekalan global, dan akhirnya, negara-negara yang berkenaan juga akan menanggung akibatnya.

    Segala yang ada di dunia ini bersandar pada kebenaran, berkembang maju dalam realiti, gagal kerana kepalsuan dan musnah akibat tipu daya. China senantiasa menyarankan kerjasama terbuka dan keuntungan bersama, dan tidak pernah menjauhkan diri dari persaingan sihat. Tatkala transformasi global ke arah hijau makin mendalam, muncullah ruang yang luas di pasaran. Dalam perlumbaan industri tenaga baharu, kerajaan dan syarikat China, dua pihak yang sama telus, aktif dan gigih, pasti akan maju seiringan bersama syarikat-syarikat dari negara lain dengan berkongsi peluang. Politikus dan individu yang acap kali membangkitkan “nilai-nilai hijau” dan “perdagangan bebas” namun tidak ikhlas dan tidak benar-benar menggalakkan transformasi hijau, bahkan sebaliknya menggunakan taktik kotor untuk mengekang mereka yang membina dan menyumbang kepada respons global untuk mengatasi perubahan iklim dan menjayakan pembangunan hijau lagi karbon rendah, nescaya mengundang tindak balas yang hebat.

    Video

    Berita Berkaitan

    亚洲成aⅴ人的天堂在|人洗澡人人澡人人爽人人模|亚洲图清纯唯美欧美自拍|先锋久久兔女郎看看秀
  • <wbr id="04ssq"></wbr>
  • <source id="04ssq"></source>